IMAM IBNU TAYMIYYAH


Al-imam Ibnu Taimiyyah

LATAR BELAKANG :

• Nama sebenar Taqiuddin bin Abu Abas Ahmad bin Abdul Halim Al-Harrani.
• Lahir pada 10 Rabiul Awal tahun 661 Hijrah bersamaan Januari 1262M, di Bandar Harran utara Iraq.
• Ketika berumur 7 tahun, kota Baghdad dan Harran telah ditawan oleh bangsa Tartar.
• Kemudian ‘timiah’ dan keluarganya berpindah ke Damsyik.
• ‘Ibnu timiah’ diambil sempena nama moyangnya yang ke-9.
• Bapanya bekerja sebagai khatib di Masjid Umaiyah dan guru ilmu hadis.
• Beliau merupakan sheikh islam yang banyak berjasa dalam gerakan pembaharuan islam.
• Beliau meninggal dunia dalam penjara Damsyik, pada malam isnin 20 Zulhijjah 728 H bersamaan 1329 Masihi.

SIFAT PERIBADI :

i. Ulama’ yang bertaqwa dan berakhlak.
ii. Ahli pemikir islam yang ulung, pendakwah yang berhemah tinggi dan tidak mudah putus asa.
iii. Mempunyai kecerdasan akal dan kuat ingatan.
iv. Berfikiran terbuka dan bersifat kristis.
v. Bersifat berani dan tegas dalam menghadapi cabaran golongan zandik, falsafah barat, ahli bid’ah dan penentang ahli sunnah.

PENDIDIKAN :

• Beliau berjaya menghafaz al-quran dan hadis sejak remaja.
• Belajar di sekolah darussyikriah di Damsyik.
• Beliau mempelajari kitab-kitab hadis dan rijalul hadis daripada ulama’ terkenal di Damsyik.
• Antaranya kitab masnad ahmad bin hanbal, sahih al-bukhari, sahih muslim, jamik al-tarmizi, sanan abi daud, sanan an-nasai, sanan ibnu majah, dan sanan ad-dar kutni.
• Imam Ibnu Timiah pernah diuji oleh seorang yahudi dengan pelbagai soalan dan akhirnnya jawapan yang dijawab itu sangat tepat dan telah membuatkan orang yahudi tersebut berasa kagum lalu memeluk islam.
• Beliau juga dapat menyelesaikan masalah yang tidak dapat diselesaikan oleh ulama’.
• Beliau sudah diberi fatwa ketika berumur 19 tahun dan mula menghimpun dan menyusun fatwa-fatwa tesebut di dalam kitab.
• Imam Ibnu Timiah menulis hampir 300 buah jilid buku.

PANDANGAN AL-IMAM IBNU TIMIAH :

BENTUK KESATUAN :

• Terdapat dua bentuk kesatuan umat islam iaitu :
– Kesatuan agama (wahdah addin)
– Kesatuan bahasa
• Kesatuan agama diasaskan daripada pengakuan terhadap keyakinan dan keimanan yang sama.
• Manakala, kesatuan bahasa ialah satu daripada faktor terpenting yang membantu usaha untuk mencapai kesatuan keagamaan umat islam.
• Beliau berpendapat bahawa bahasa arab adalah satu-satunya bahasa agama yang digunakan untuk memahami dan menghayati islam kerana ianya merupakan syiar agama islam.

ORGANISASI :

• Beliau merupakan ahli fikir islam yang banyak menekankan konsep ummah.
• Beliau berpendapat bahawa ummah sebagai penerima risalah Allah dan mempunyai tanggungjawab yang sangat penting untuk memelihara dan menyebarkan agama kepada umat islam.
• Memelihara agama bermaksud membersihkan penyelewengan akidah atau perkara yang mencemarkan kemurniaan agama.
• Penyebarannya pula bermaksud memberi penerangan tentang kebenaran agama kepada orang ramai supaya difahami dan diamalkan.
• Al-imam Ibnu Timiah berpendapat membentuk organisasi negara merupakan salah satu daripada fungsi umat kerana fungsi umat dalam kehidupan hanya dapat dilaksanakan apabila organisasi negara berjalan dengan kemas dan ditadbir dengan baik.
• Fungsinya mestilah ditegakkan atas dasar kesatuan kebajikan, taqwa dan semangat persaudaraan islam sejagat.

SUMBANGAN :

I. AKADEMIK :
• Seorang tokoh ulama’ yang sangat dihormati dalam bidang syariah dan akademik.
• Beliau berusaha membersihkan amalan umat islam daripada kotoran bid’ah, khurafat dan kemungkaran.
• Beliau juga menentang sebarang penyelewengan akidah dan perbuatan yang bercanggah dengan islam.
• Usaha murni ini dapat tentangan pelbagai pihak.
• Beliau kerap dipenjarakan semata-mata menegakkan kebenaran.
• Walaupun, Ibnu Timiah menyedari gejala kemungkaran dan penyelewengan akidah kritikal pada ketika itu, beliau tidak berputus asa, bahkan terus mengkritik pelbagai aliran falsafah, bathoniah, syiah dan tasawwuf.
• Dalam masa yang sama juga, beliau menasihati mereka kembali kepada al-quran dan sunnah Rasullullah.
• Beliau juga berusaha menentang pemikiran barat yang cuba meracuni pemikiran islam pada zamannya.
• Selain itu, kesungguhan dan sikap tegasnya mendorong orientalis mengkaji pemikiran islam.
• Sebahagian ada menganggap beliau sebagai pendukung mazhab dalam islam kerana falsafah dan pemikirannya.

II. HASIL KARYA :
–Beliau telah menghasilkan karya dalam bentuk kitab-kitab dan risalah, antaranya :

1. Majmuk Ar-risalah Al-kubra
2. Majmuah Rasaili Ibnu Timiah
3. Majmuah Khamsi Ar-risalah
4. Majmuk Fatawa
5. Minhaj As-sunnah An-nabawiah
6. Ilmu Hadis

This entry was posted in TAMADUN. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s