Pengajian Al-Quran T.5: Pelajaran 1: Layanan Terhadap Orang Bukan Islam


Firman Allah : Surah Al-Taubah Ayat 6

Maksudnya     :    Jika     seseorang     daripada    kaum     muysrikin     meminta perlindunganmu , maka berilah perlindungan kepadanya sehingga dia sempat mendengar keterangan-keterangan Allah, kemudian hantarlah dia ke mana- mana yang dia beroleh aman. Perintah yang tersebut kerana mereka itu kaum yang tidak mengetahui.

 

1.     Jenis-jenis orang kafir :

a)    Kafir Zimmi(   3ذ ): Orang kafir yang menetap dalam negara Islam serta patuh dan taat kepada pemerintah dan negara islam.

b)    Kafir Mustakman ( 23! 73 ): Orang kafir yang malarikan diri dari negara asal mereka dan meminta perlindungan negara Islam.

c)    Kafir Muahad ( 8ه :3 ) : Orang kafir yang membuat perjanjian dengan negara Islam.

d)    Kafir  Harbi  ( 5    ):  Orang  kafir  yang  sentiasa  menunjukkan permusuhan dengan umat Islam dan negara Islam.

 2.     Bentuk  perlindungan  terhadap  orang  kafir  :  Islam  adalah  agama  yang memberi rahmat dan keamanan kepada seluruh alam. Sikap dan pendirian Islam ini terbukti memberi sumbangan yang besar dalam menarik orang kafir untuk masuk Islam.

3.     Kepentingan dakwah : Dakwah wajib ke atas semua umat Islam mengikut kemampuan masing.

 4.     Maksud  dakwah  :  Menyeru  dan  mengajak  manusia  ke  jalan  Allah  untuk melakukan perkara yang makruf dan meninggalkan perkara yang mungkar.

 

5.     Persiapan sebagai pendakwah :

a)    Ilmu yang mendalam.

b)    Iman yang mantap.

c) Hubungan yang rapat dengan Allah.

 

6.     Teknik dakwah yang berkesan :

a) Kebijaksanaan ( Al-Hikmah )

b)    Nasihat yangbaik ( Al-Maui’zatul Hasanah )

c) Berdebat dengan cara yang baik ( Al-Mujadalah )

 

7.     Dakwah boleh dilaksanakan melalui lisan, penulisan dan contoh teladan dan amalan.

 

8.   Kesan daripada pengabaian dakwah :

a) Umat islam akan terus terjerumus ke lembah kehinaan. b)    Umat islam akan hilang kekuatan.

c) Masyarakat akan rosak, hilang pertimbangan dan cinta kepada dunia. d)    Masyarakat akan hilang hubungan persaudaraan.

e) Turunnya bala daripada Allah.

 

9.   Kesan tidak berhikmah dalam berdakwah :

a) Masyarakat hilang keyakinan kepada keindahan Islam.

b)    Memburukkan imej Islam dan dakwah. c) Umat islam tidak lagi dihormati

d)    Usaha dakwah akan menemui kegagalan.

 

SOALAN SUBJEKTIF

1.     Berdakwah   adalah   wajib    ke   atas   semua    umat    islam   mengikut kemampuan. Senaraikan teknik dan cara dakwah yang berkesan.

2.     Jelaskan persiapan yang perlu ada pada setiap pendakwah.

3.     Umat islam perlu mengambil peluang dengan memainkan peranan untuk berdakwah kepada orang bukan islam ke arah memahami Islam. Terangkan kesan daripada pengabaian dakwah kepada golongan ini.

4.     Huraikan institusi-institusi yang terlibat dengan aktiviti dakwah.

SOALAN OBJEKTIF

1.     Orang kafir yang melarikan diri dari negara asal mereka dan meminta perlindungan.

Pernyataan di atas adalah bertepatan dengan maksud :

A.  Kafir Zimmi

B. Kafir Mustakman

C. Kafir Mua’had

D. Kafir Harbi

 

2.     Berikut adalah di antara hak orang kafir dalam negara Islam kecuali :

ِA.  Mereka berhak menentukan dasar negara

B.   Kebebasan untuk mereka menuntut ilmu atau belajar

C.   Mereka berhak untuk bersuara dan menyampaikan pendapat mereka..

D.   Kebebasan untuk mengamalkan agama dan kebudayaan masing-masing.

 

3.   Manakah berikut teknik yang salah dalam menyampaikan dakwah dengan cara yang berkesan

ِA. Al-Hikmah

B. Al-Asabiah

C. Al-Mauizatul Hasanah

D. Al-Mujadalah

This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s