Pelajaran 30 : Adab Terhadap Rasulullah SAW


Pengertian Adab Menurut Islam
Tatacara tingkah laku yang baik dalam pelbagai situasi yang menepati syarak

 

Adab Terhadap Rasullulah SAW Semasa Hayatnya

Adab Bergaul

  1. Para sahabat sentiasa menunjukkan sikap yang amat menyenangkan ketika bergaul dengan Rasulullah SAW
  2. Mereka melakukan sesuatu perkara hanya apabila diizinkan oleh Rasulullah SAW

Adab Menghadiri Majlis Ilmu

  1. Ketika berada di dalam majlis ilmu, para sahabat sentiasa menjaga tatasusila majlis, mereka mendengar setiap pengajaran yang di sampaikan oleh Rasulullah SAW dengan teliti
  2. Para sahabat duduk rapat-rapat dan memberikan ruang kepada orang lain untuk duduk bersama

Adab Becakap

    1. Para sahabat sangat bersopan apabila bercakap dengan rasulullah SAW, mereka bercakap hanya perkara yang berfaedah sahaja seperti bertanyakan masalah agama atau mengemukakan pendapat

 

Adab Terhadap Rasulullah Selepas Kewafatannya

  1. Memperbanyakkan selawat  kepada Rasulullah SAW
  2. Mendoakan dan menghadiahkan Al-Fatihah kepada Rasulullah SAW
  3. Mengamalkan sunnah Rasulullah SAW dalam kehidupan
  4. Menziarahi  Makam Rasulullah SAW
  5. Memberi salam kepada Rasulullah ketika menziarahi makamnya dan tidak melakukan perkara-perkara khurafat

 

Hikmah Beradab Terhadap Rasulullah SAW

  1. Memantapkan keimanan dan ketaatan kepada Rasulullah SAW
  2. Mendekatkan diri kepada Sunnah Rasulullah SAW
  3. Menguatkan rasa kasih dan cinta kepada Rasulullah SAW
  4. Dapat mencontohi adab sopan dan akhlak mulia yang dilakukan oleh Rasulullah SAW
  5. Meningkatkan penghayatan syariat Allah SWT melalui pelaksanaan ibadah fardhu dan sunnah
  6. Mengelakkan dakyah penyelewengan musuh-musuh Islam

 

Akibat Tidak Beradab Dengan Rasulullah SAW

  1. Tidak mendaat hidayah dan bimbingan Rasulullah SAW dalam kehidupan dunia dan akhirat
  2. Timbul  perasaan tidak yakin untuk mengamalkan sunnah Rasulullah SAW
  3. Menjauhkan diri dari melaksanakan tuntutan Islam
  4. Menghakis nilai sensitiviti terhadap ajaran Islam
  5. Mudah di pengaruhi oleh anasir-anasir yang boleh merosakkan agama
  6. Terhakis nilai-nilai kesopanan dan kesusilaan kerana tidak lagi mengikut ajaran Nabi Muhammad SAW
  7. Hilang rasa hormat dan cinta kepada Rasulullah SAW
This entry was posted in AKHLAK. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s